Rabu, 16 Oktober 2013

PENAWAR DISENGAT BINATANG BERBISA

Diceritakan oleh Abi Said al-Khudri bahawa sekumpulan sahabat Rasulullah s.a.w telah bermusafir. Kemudian mereka singgah di sebuah perkampungan Arab untuk bertamu, malangnya penduduk kampung menolak.
Kebetulan penghulu perkampungan itu telah disengat binatang berbisa, lalu mereka bertanya kepada rombongan sahabat jika ada tang pandai mengubatinya.
Salah seorang sahabat pergi ke perkampungan itu lalu mengubati penghulu itu dengan sueah al-Fatihah lalu sembuh dengan izin Allah. Sebagai balasan mereka memberi beberapa ekor kambing sebagai hadiah.
Para sahabat keberatan untuk menyembelihnya sehingga mendapat fatwa daripada Nabi s.a.w. Setelah kembali maka sahabat itu menceritakan kisah tersebut kepada Rasulullah dan dia menegaskan: "Wahai Rasulullah! Demi Allah! Tidak ada apa yang saya baca melainkan dengan al-Fatihah."
Rasulullah s.a.w tersenyum lalu bersabda: "Apakah kamu tidak tahu bahawa surah al-Fatihah  itu penawar ?" Kemudian baginda bersabda: "Ambillah pemberian mereka itu, berikan sebahagiannya kepadaku."
(Riwayat Muslim)

Tiada ulasan: