Ayat ini juga dikenali sebagai Bismillah 7. Antara khasiatnya ialah:
1) Susah mendapat demam atau penyakit teruk.
2) Merapatkan hubungan suami isteri terutama yang dingin.
3) Boleh dijadikan sebagai 'pagar rumah' dan pendinding diri dan keluarga.
4) Baca semasa makan di kedai atau di tempat kenduri.
5) Mengubati segala jenis santau dan tuju- tuju.
6) Mengubati segala jenis racun
yang diperbuat dari bahan- bahan yang mendatangkan mudharat seperti dari kaca lampu, miang rebung, ulat bulu mati beragan, hempedu katak bisa dan sebagainya.
7) Mengubati semua jenis penyakit bisa termasuk bisa sengatan binatang seperti ikan, lebah, ular dan kala jengking.
Jumaat, 18 Oktober 2013
AYAT SEGALA PENAWAR
Rabu, 16 Oktober 2013
PENAWAR DISENGAT BINATANG BERBISA
Diceritakan oleh Abi Said al-Khudri bahawa sekumpulan sahabat Rasulullah s.a.w telah bermusafir. Kemudian mereka singgah di sebuah perkampungan Arab untuk bertamu, malangnya penduduk kampung menolak.
Kebetulan penghulu perkampungan itu telah disengat binatang berbisa, lalu mereka bertanya kepada rombongan sahabat jika ada tang pandai mengubatinya.
Salah seorang sahabat pergi ke perkampungan itu lalu mengubati penghulu itu dengan sueah al-Fatihah lalu sembuh dengan izin Allah. Sebagai balasan mereka memberi beberapa ekor kambing sebagai hadiah.
Para sahabat keberatan untuk menyembelihnya sehingga mendapat fatwa daripada Nabi s.a.w. Setelah kembali maka sahabat itu menceritakan kisah tersebut kepada Rasulullah dan dia menegaskan: "Wahai Rasulullah! Demi Allah! Tidak ada apa yang saya baca melainkan dengan al-Fatihah."
Rasulullah s.a.w tersenyum lalu bersabda: "Apakah kamu tidak tahu bahawa surah al-Fatihah itu penawar ?" Kemudian baginda bersabda: "Ambillah pemberian mereka itu, berikan sebahagiannya kepadaku."
(Riwayat Muslim)